Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, May 6, 2018

Cuba kira ada berapa banyak....

Tak baik membazir.
Dari buang begitu saja
Baik pungut dan kitar semula.
Sebanyak tu bendera
Macam macam boleh buat.
Jahit sarung bantal, isi kekabu, sedekah ke rumah anak2 yatim
Kalau satu msia jahit sorang satu pun masih cukup rasanya.
Sambung 4,5 helai bendera, jadikan cadar.
Jadikan selimut pun boleh, jahit byk lapis biar tebal.
Buat langsir untuk raya..
Kalau kandang kucing tempias hujan, tutup dgn bendera
Kucing kering, tuan kucing x pening.
Makcik2 yg berjualan boleh guna kain2 tu buat lapik periuk kuali.
Buat lap pinggan, buat alas meja dan sebagai nya.
Sehari suntuk saya duk perah otak
Pikir apa buleh di buat dgn bendera yg lebat bergantungan.
Bukan sikit kos cetak bendera tu
Membazir kalau biarkan lori Majlis perbandaran musnahkan.
Siapa suruh saya tak pasal2 duk bazirkan sel otak fikir pasal bendera orang?
Kawan saya tu, dia tak suruh pun,
tapi dia ada sentuh pasal kibaran bendera yg bermusim ni
Sekarang bendera2 tu elok lagi berkibar
Selepas 9hb Mei nanti, apalah nasib segala bendera dan kain rentang tu.
Kakcik,
Saya ingat saya sorang jer yg terfikir pasal lambakkan bendera parti nih.
Biarlah saya sukarela tolong fikir, tlg bagi cadangan...
Warna apa pun tak jadi masaalah.
Gabung warna pun ok, cantik juga.
Buatlah apa pun, asal jgn jadikan sampah.
Cuma satu nak cakap....
Pandangan saya, pendapat saya..
Tuan punya bendera tu lah sepatutnya pakat2 kitar semula bendera2 tu.
Raya nanti semua wakil rakyat yg terpilih dan yg tak terpilih diwajibkan
Pakai baju melayu, baju kurung, alas meja, langsir lambang parti sendiri.
Pakai lambang parti lawan pun tak apa..
Lambang perpaduan dan kerjasama pelbagai kaum dan bangsa
Bangsa Malaysia.
Setuju tak?

N3 ni khas buat Kakcik juariah yg tengah duk fikir pasal bendera2 tu.
Kita serupa dik, mcm la tak de benda lain kita nak fikir....hehehehe....

2 comments:

mokja said...

Depan rumah saya pun berkibaran megah bendera,bunting. Dok tolong fikir juga lebatnya duit depa. Mai mana depa cekak duit time kita dok ikat perut ni. Lepas ni harap dpt dimanafaatkan semula. Simpan utk PRU15 ka,atau kitar jadi brg berguna..... tak suka pembaziran lebih lebih.

Kakcik Seroja said...

Itulah yang saya fikirkan... alangkah membazirnya andai dimusnahkan begitu sahaja.

Sedangkan ramai rakyat negara ini tidak mampu pun hendak berfikir apatah lagi hendak membeli pakaian baru untuk hari raya... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...